‘Kepelbagaian’ merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan tradisi makanan Malaysia. Di dalam perbincangan ini saya akan membawa anda sekelian melalui serambi gastronomi pelbagai kaum di Malaysia: Melayu, India dan China. Kita mulakan dengan pembudayaan makanan Melayu.
Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa, Thailand
, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut. Di Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari Sulawesi dan bagi orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka sebagai Minangkabau dari Sumatra. Kita beralih ke Utara: Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di mana pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat ketara. Pada abad ke 16, kaum Acheh mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Mahkota Alam atau Iskandar Muda.
Beliau juga dikatakan mempunyai pengaruh besar ke atas negeri Pahang, Ke
dah dan Perak. Bagi negeri Kelantan, Kedah dan sebahagian negeri Terengganu pula dipengaruhi oleh Thailand atau Siam. Ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka: ala Siam.
Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa, Thailand
, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut. Di Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari Sulawesi dan bagi orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka sebagai Minangkabau dari Sumatra. Kita beralih ke Utara: Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di mana pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat ketara. Pada abad ke 16, kaum Acheh mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Mahkota Alam atau Iskandar Muda.Beliau juga dikatakan mempunyai pengaruh besar ke atas negeri Pahang, Ke
dah dan Perak. Bagi negeri Kelantan, Kedah dan sebahagian negeri Terengganu pula dipengaruhi oleh Thailand atau Siam. Ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka: ala Siam.Sekarang kita ke Negeri Melaka untuk mengikuti perkembangan sejarah kaum Cina. Pengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina.