Pages

Thursday, October 28, 2010

Goodbye My Friend..

Sungguh tidak kusangka bahawa sekarang ini sudah hampir setahun Adlina tinggal di Gothenburg. Dan tengah hari esok adalah hari terakhir beliau akan berada di sini, sebelum berangkat pulang dengan kapal terbang. Macam tidak percaya saja. Tapi percayalah, kerana ianya benar! :-) Mungkin selepas ini, Adlina akan datang kembali ke Gothenburg bersama suami dan anak-anak. Dan mungkin juga waktu itu, aku sendiri akan ada anak-anak juga. Weee seronoknya! Masa depan yang tidak pasti lagi. Hehehe.. gelak sendiri. Anyway, she came to my apartment, and kami masak bersama lauk daging cincang bersama kantarell (cendawan emas yang popular di Sweden. kalau tidak percaya sila Google) dan nasi putih yang dihangatkan kembali. Ya, nasi putih itu sudah berada dalam peti aisku selama dua hari, boleh? Kami berborak dengan secepat yang boleh kerana aku ingin membuat sedikit ulangkaji sebelum peperiksaan kertas bahasa Sweden semalam. Dan Adlina juga faham keadaanku. Baik sungguhkan dia? Sedihnya rasa, bila teringat kembali saat-saat bersamanya. Jaga diri baik-baik ya sayang, dan ingati daku dalam mimpimu.


2 comments:

  1. bila ada pertemuan mesti ada perpisahan. tetapi relakan, karena ia sesungguhnya hidup dihatimu

    ReplyDelete
  2. ya betul tu! pasti ada pertemuan lagi nanti...

    ReplyDelete

Thank you for your comment ;-)

Prayer Times All Over The World